Monday, April 16, 2012

Fun Wrappo


Sunday, still not really recover from my flu. Azman kata tak nak makan berat-berat, sandwich will do. I would prefer tortilla/wrap. Actually there’s so many ways to make wrappo. Boleh guna tuna, chicken or beef or even vegetable alone. For today kita menggunakan Australian beef. Cooking without recipe is actually fun, masukkan  aje la apa -apa yang terlintas difikiran. For wrappo, saya selalu menggunakan wholemeal, patoto or plain yang boleh didapati di Giant. Any brand pun boleh ikut suka anda.

Ingredients for filling

Bahan 1
-       2 paket Australian Beef dihiris-hiris nipis dan digaulkan dengan serbuk bbq beserta sedikit garam
-          Di masak/grill menggunakan sedikit minyak zaiton dengan menggunakan frying pan.



Bahan 2
-          1 biji bawang benggala dihiris nipis-nipis
-          1 biji capsicum, terpulang mahu menggunakan warna merah, kuning atau hijau
-          2 biji cili padi / 1 biji cili merah
-          Beberapa biji cherry tomato
-          Semua bahan diatas digoreng dengan sesudu minyak. Ditambah lada sulah dan sedikit garam.


Bahan 3
-          Kali ini saya menggunakan salad yang berwarna hijau dan merah. Boleh didapati di supermarket berdekatan
-          Sedikit raisin dan 3 biji buah apricot dicincang halus
-          Bahan diatas digaul bersama-sama ½ cawan balsamic sos dan 2 sudu madu.

 ** Sorry saya tak sempat nak snap gambar salad la pulak. Maybe next time. Ok dibawah adalah cara wrappo dibuat.




Cara menyediakannya amat mudah. Ambil sekeping wrap dan disapukan sedikit mayonis. Letakkan bahan 1, 2 dan 3 mengikut suka anda. Gulung dan makan…yummmm

Selamat mencuba…

Nasi Lemak Kukus


Resipi ini adalah resipi daripada ibu saudara yang saya panggil Mak Lang. Beliau sangat terkenal dikalangan saudara mara dan rakan-rakannya kerana kehebatan beliau memasak. Banyak masakan beliau yang saya suka terutama nasi lemak kukus dan sambal sotong. Sudah lama tak berjumpa dengan Mak Lang dan tiba-tiba rasa rindu untuk makan nasi lemak kukusnya. Oleh kerana itu, hari ini saya ingin mencubanya sendiri . Luckly saya sudah pun belajar daripada nya cara-cara untuk menyediakan nasi lemak kukus. Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua resipinya. Actually, kita boleh menggunakan beras biasa atau beras basmathi. Untuk nasi lemak kukus saya lebih suka menggunakan beras basmathi kerana ia lebih nampak cantik dan berderai. Beras basmathi pilihan saya kali ini adalah daripada Faizah. Resipi dibawah adalah untuk hidangan sekeluarga 5 orang.

Cara-cara penyediaan Nasi Kukus

-          2 ½ cawan beras basmathi dicuci bersih
-          2 cawan santan pekat direbus dengan 1 inci halia, 4 helai daun pandan dan sedikit garam
-          Apabila santan sudah mendidih, masukkan beras dan biarkan beberapa saat sebelum api dapur ditutup.
-          Biarkan seketika sehingga beras kembang dan tidak kelihatan santan lagi
-          Alihkan beras tadi didalam kukus yang telah dilapekkan dengan daun pisang.
-          Kukus sehingga nasi benar-benar lembut dan masak.


Seperti biasa Nasi lemak enak dimakan bersama-sama sambal (ikut pilihan masing-masing), ikan bilis goreng, timun dan telur rebus.

Selamat menjamu selera.