Monday, April 16, 2012

Nasi Lemak Kukus


Resipi ini adalah resipi daripada ibu saudara yang saya panggil Mak Lang. Beliau sangat terkenal dikalangan saudara mara dan rakan-rakannya kerana kehebatan beliau memasak. Banyak masakan beliau yang saya suka terutama nasi lemak kukus dan sambal sotong. Sudah lama tak berjumpa dengan Mak Lang dan tiba-tiba rasa rindu untuk makan nasi lemak kukusnya. Oleh kerana itu, hari ini saya ingin mencubanya sendiri . Luckly saya sudah pun belajar daripada nya cara-cara untuk menyediakan nasi lemak kukus. Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua resipinya. Actually, kita boleh menggunakan beras biasa atau beras basmathi. Untuk nasi lemak kukus saya lebih suka menggunakan beras basmathi kerana ia lebih nampak cantik dan berderai. Beras basmathi pilihan saya kali ini adalah daripada Faizah. Resipi dibawah adalah untuk hidangan sekeluarga 5 orang.

Cara-cara penyediaan Nasi Kukus

-          2 ½ cawan beras basmathi dicuci bersih
-          2 cawan santan pekat direbus dengan 1 inci halia, 4 helai daun pandan dan sedikit garam
-          Apabila santan sudah mendidih, masukkan beras dan biarkan beberapa saat sebelum api dapur ditutup.
-          Biarkan seketika sehingga beras kembang dan tidak kelihatan santan lagi
-          Alihkan beras tadi didalam kukus yang telah dilapekkan dengan daun pisang.
-          Kukus sehingga nasi benar-benar lembut dan masak.


Seperti biasa Nasi lemak enak dimakan bersama-sama sambal (ikut pilihan masing-masing), ikan bilis goreng, timun dan telur rebus.

Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment