Friday, August 17, 2012

Kuey Teow


Ramadan Ketigabelas

Kuey Teow




1 bungkus kuey teow
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
3 sudu cili kisar (boh)
3 sudu tomato sos
2 sudu sos tiram
5 sudu kicap manis
1 cawan air
10 ekor udang
3 ekor sotong
1 mangkuk tauge
1 biji telur
½ cawan minyak

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
  2. Masukkan cili dan kacau seketika dan seterusnya masukkan air, sos tiram, sos tomato dan kicap manis. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan udang dan sotong untuk beberapa minit dan seterusnya kuey teow. Kacau sehingga sebati.
  4. Pukul telur didalam cawan dan masukkan kedalam adunan diikuti oleh tauge. Bila masak bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bila panas-panas.





Pengat Durian & Pulut

Ramadan Ketigabelas

Pengat Durian & Pulut




1 ½ cawan beras pulut

2 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
1 ketul besar gula Melaka (palm sugar)
3 helai daun pandan
10 ulas durian atau lebih
1 sudu tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara-caranya

  1. Mula-mula beras pulut dibersihkan dan dimasak seperti masak nasi. Sukatan 1 ½ cawan beras :2 cawan air.
  2. Dalam periuk yang lain, didihkan santan dan air beserta gula Melaka. Sekiranya anda suka manis dan dapati kuah kurang gula bolehlah menambahkannya mengikut citarasa. Masukkan juga daun pandan dan garam. Kacau adunan supaya tidak pecah minyak.
  3. Masak sehingga menggelegak dan seterusnya masukkan durian. Bila durian agak lembek masukkan campuran 1 sudu tepung dan ½ cawan air kedalam adunan untuk pemekatan.
  4. Hidangankan pulut dan tuangkan kuah pengat durian diatasnya.

Jelatah

Ramadan Keduabelas

Jelatah



1 biji timun dibuang kulit dan biji - dihiris halus
1 biji lobak - dihiris halus memanjang
1 biji bawang merah - dihiris
2 biji tomato dibuang biji - dipotong dadu
1 biji cili merah - dihiris
1/4 nenas - dihiris 
1 sudu udang kering - ditumbuk halus
2 sudu gula
1 sudu perahan limau (sekiranya tidak mengguna nenas)
Garam secukup rasa

Cara-caranya

Campurkan semua bahan diatas dan gaul rata. Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Kali ini saya tak menggunakan nenas sebab tak jumpa dikedai. Perahan limau boleh juga diganti dengan cuka.


Ayam Masak Merah


Ramadan Keduabelas

Ayam Masak Merah



1 ekor ayam
1 sudu serbuk kunyit
8 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
10 biji cili merah kering (direbus dahalu)
1 biji bawang merah besar
1 biji lobak (opsyen) – dipotong memanjang
3 sudu tomato sos
2 sudu gula
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya

  1. Bersihkan ayam dan digaul dengan kunyit serta sedikit garam. Ayam haruslah digoreng terlebih dahulu.
  2. Apabila ayam sudah selesai digoreng, panaskan ½ cawan minyak dan tumis bawang merah kecil, bawang putih dan cili yang telah dikisar terlebih dahulu.
  3. Seterusnya masukkan tomato sos, tomato puree, gula dan garam.
  4. Sekiranya lobak merah diperlukan, masukkan sedikit air dan lembutkan lobak terlebih dahulu.
  5. Akhir sekali masukkan ayam dan potongan bawang merah besar. Gaul rata dan boleh dihidangkan.

Nasi Tomato


Ramadan Keduabelas

Hari ini saya menyediakan Nasi Tomato untuk juadah berbuka puasa. Nasi Tomato dan Ayam Merah memang sudah sinonim, begitu juga dengan jelatah timun. Bagaikan tidak boleh dipisahkan. Such a perfect combination…..

Nasi Tomato



2 cawan beras biasa (boleh juga gunakan beras basmathi)
2 biji tomato segar dibuang biji dan dipotong dadu
2 cawan susu segar
½ cawan air
1 sudu tomato puree
2 sudu tomato sos
Garam secukup rasa

Bahan tumis

2 sudu minyak sapi
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji bawang besar dihiris

Cara-caranya

  1. Cuci beras terlebih dahulu dan tos. Sekiranya menggunakan beras basmathi sebaik-baiknya rendam dahulu selama lebih kurang 10 minit.
  2. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan tumis bahan tumisan diatas sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras dan kacau seketika. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan seperti tomato segar, sos, puree, susu, air dan garam.
  4. Masak nasi seperti biasa.
  5. Apabila masak, hidangkan dan hias nasi dengan sedikit bawang goreng dan kismis


Kari Ikan Merah


Ramadan Kesebelas

Kari Ikan Merah


1 ekor ikan merah sederhana besar
2 biji bawang merah sederhana besar
2 biji bawang putih
5 biji cili kering yang direbus terlebih dahulu
1 cm belacan (opsyen)
2 sudu rempah kari ikan
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
½ cawan air asam jawa
6 biji sayur bende

Bahan tumis

5 biji bawang kecil dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 minyak masak

Cara-caranya
  1. Bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan dikisar.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumisan.
  3. Bila bahan tumisan agak garing ,masukkan bahan-bahan dikisar tadi beserta rempah kari.
  4. Tumis seketika dan seterusnya masukkan santan, air, air asam jawa dan garam.
  5. Bila menggelegak masukkan ikan dan bila hampir masak masukkan bende.




Mee Hon Goreng


Ramadan Kesepuluh

Mee Hon Goreng


1 bungkus mee hon
2 biji bawang merah yang sederhana besar
2 biji bawang putih
2 sudu udang kering
6 biji cili padi
1 biji lobak dihiris halus
1 cawan air
Garam secukup rasa
½ cawan minyak masak
2 biji telur
2 biji cili merah
Sedikit bawang goreng

Cara-caranya

  1. Rendam mee hon terlebih dahulu sehingga lembut dan di tos
  2. Bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili padi di kisar
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar beberapa minit.
  4. Masukkan air sehingga menggelegak dan seterusnya masukkan lobak yang telah dihiris halus.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan seterusnya mee hon. Kacau sehingga rata dan mee hoon agak lembut.
  6. Hiaskan mee hoon dengan telur dada yang dihiris halus, cili merah dan bawang goreng.