Ramadan Ketigabelas
Pengat Durian & Pulut
1 ½ cawan beras pulut
2 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
1 ketul besar gula Melaka (palm
sugar)
3 helai daun pandan
10 ulas durian atau lebih
1 sudu tepung gandum
Garam secukup rasa
Cara-caranya
- Mula-mula beras pulut dibersihkan dan dimasak seperti masak nasi. Sukatan 1 ½ cawan beras :2 cawan air.
- Dalam periuk yang lain, didihkan santan dan air beserta gula Melaka. Sekiranya anda suka manis dan dapati kuah kurang gula bolehlah menambahkannya mengikut citarasa. Masukkan juga daun pandan dan garam. Kacau adunan supaya tidak pecah minyak.
- Masak sehingga menggelegak dan seterusnya masukkan durian. Bila durian agak lembek masukkan campuran 1 sudu tepung dan ½ cawan air kedalam adunan untuk pemekatan.
- Hidangankan pulut dan tuangkan kuah pengat durian diatasnya.
No comments:
Post a Comment