Ramadan Keduabelas
Ayam Masak Merah
1 ekor ayam
1 sudu serbuk kunyit
8 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
10 biji cili merah kering (direbus dahalu)
1 biji bawang merah besar
1 biji lobak (opsyen) – dipotong memanjang
3 sudu tomato sos
2 sudu gula
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-caranya
- Bersihkan ayam dan digaul dengan kunyit serta sedikit garam. Ayam haruslah digoreng terlebih dahulu.
- Apabila ayam sudah selesai digoreng, panaskan ½ cawan minyak dan tumis bawang merah kecil, bawang putih dan cili yang telah dikisar terlebih dahulu.
- Seterusnya masukkan tomato sos, tomato puree, gula dan garam.
- Sekiranya lobak merah diperlukan, masukkan sedikit air dan lembutkan lobak terlebih dahulu.
- Akhir sekali masukkan ayam dan potongan bawang merah besar. Gaul rata dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment