Ramadhan Pertama
Ramadhan datang lagi,
for my family nothing much different from normal day. I mean dari segi menu
masakan. For the past 5 years boleh kira dengan jari untuk membeli makanan di
Pasar Ramadhan atau berbuka diluar. Sekiranya mendapat jemputan berbuka dirumah
saudara atau pulang ke rumah ibu, saya tetap akan menyediakan at least satu
menu. Selewat mana pun pulang dari kerja, I will still prepare food for my
family. Alhamdulilah anak2 dan suami tidak begitu cerewat. Whatever I cook,
they enjoyed it.
For this year, I will
try not to repeat the same menu twice. InsyaAllah dalam post akan datang I will
upload the photo and recipe to share with u all.
Today, saya nak share
juadah berbuka untuk Ramadan yang pertama. Very simple menu but yet my family
all time favorite…..”Ikan Keli Sambal Hijau”
Ikan Keli Sambal Hijau
6 ekor ikan keli (or
some people called it Ikan Sembilang)
10 biji cili hijau }
2 ulas bawang putih } dikisar
1 lawang bawang merah
(besar) }
1 sudu besar gula
1 keping asam keping
½ cawan minyak
Garam secukup rasa
Cara2-nya
Selepas ikan
dibersihkan, goreng ikan dengan meletakkan sedikit kunyit serbuk dan garam.
Goreng sehingga garing dan angkat.
Seterunya masukkan ½
cawan minyak dan biar panas. Masukkan semua bahan dikisar, asam keping, garam
dan gula. Masak sehingga garing dan naik minyak. Angkat dan taburkan di atas
ikan yang telah digoreng tadi. Simple kan? Selain cili hijau, cili merah juga
boleh digunakan. Ada kalanya sekira menggunakan cili merah, saya suka
meletakkan sedikit belacan untuk membuatkan rasanya lebih enak.