Friday, August 17, 2012

Kuey Teow


Ramadan Ketigabelas

Kuey Teow




1 bungkus kuey teow
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
3 sudu cili kisar (boh)
3 sudu tomato sos
2 sudu sos tiram
5 sudu kicap manis
1 cawan air
10 ekor udang
3 ekor sotong
1 mangkuk tauge
1 biji telur
½ cawan minyak

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
  2. Masukkan cili dan kacau seketika dan seterusnya masukkan air, sos tiram, sos tomato dan kicap manis. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan udang dan sotong untuk beberapa minit dan seterusnya kuey teow. Kacau sehingga sebati.
  4. Pukul telur didalam cawan dan masukkan kedalam adunan diikuti oleh tauge. Bila masak bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bila panas-panas.





Pengat Durian & Pulut

Ramadan Ketigabelas

Pengat Durian & Pulut




1 ½ cawan beras pulut

2 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
1 ketul besar gula Melaka (palm sugar)
3 helai daun pandan
10 ulas durian atau lebih
1 sudu tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara-caranya

  1. Mula-mula beras pulut dibersihkan dan dimasak seperti masak nasi. Sukatan 1 ½ cawan beras :2 cawan air.
  2. Dalam periuk yang lain, didihkan santan dan air beserta gula Melaka. Sekiranya anda suka manis dan dapati kuah kurang gula bolehlah menambahkannya mengikut citarasa. Masukkan juga daun pandan dan garam. Kacau adunan supaya tidak pecah minyak.
  3. Masak sehingga menggelegak dan seterusnya masukkan durian. Bila durian agak lembek masukkan campuran 1 sudu tepung dan ½ cawan air kedalam adunan untuk pemekatan.
  4. Hidangankan pulut dan tuangkan kuah pengat durian diatasnya.

Jelatah

Ramadan Keduabelas

Jelatah



1 biji timun dibuang kulit dan biji - dihiris halus
1 biji lobak - dihiris halus memanjang
1 biji bawang merah - dihiris
2 biji tomato dibuang biji - dipotong dadu
1 biji cili merah - dihiris
1/4 nenas - dihiris 
1 sudu udang kering - ditumbuk halus
2 sudu gula
1 sudu perahan limau (sekiranya tidak mengguna nenas)
Garam secukup rasa

Cara-caranya

Campurkan semua bahan diatas dan gaul rata. Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Kali ini saya tak menggunakan nenas sebab tak jumpa dikedai. Perahan limau boleh juga diganti dengan cuka.


Ayam Masak Merah


Ramadan Keduabelas

Ayam Masak Merah



1 ekor ayam
1 sudu serbuk kunyit
8 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
10 biji cili merah kering (direbus dahalu)
1 biji bawang merah besar
1 biji lobak (opsyen) – dipotong memanjang
3 sudu tomato sos
2 sudu gula
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya

  1. Bersihkan ayam dan digaul dengan kunyit serta sedikit garam. Ayam haruslah digoreng terlebih dahulu.
  2. Apabila ayam sudah selesai digoreng, panaskan ½ cawan minyak dan tumis bawang merah kecil, bawang putih dan cili yang telah dikisar terlebih dahulu.
  3. Seterusnya masukkan tomato sos, tomato puree, gula dan garam.
  4. Sekiranya lobak merah diperlukan, masukkan sedikit air dan lembutkan lobak terlebih dahulu.
  5. Akhir sekali masukkan ayam dan potongan bawang merah besar. Gaul rata dan boleh dihidangkan.

Nasi Tomato


Ramadan Keduabelas

Hari ini saya menyediakan Nasi Tomato untuk juadah berbuka puasa. Nasi Tomato dan Ayam Merah memang sudah sinonim, begitu juga dengan jelatah timun. Bagaikan tidak boleh dipisahkan. Such a perfect combination…..

Nasi Tomato



2 cawan beras biasa (boleh juga gunakan beras basmathi)
2 biji tomato segar dibuang biji dan dipotong dadu
2 cawan susu segar
½ cawan air
1 sudu tomato puree
2 sudu tomato sos
Garam secukup rasa

Bahan tumis

2 sudu minyak sapi
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji bawang besar dihiris

Cara-caranya

  1. Cuci beras terlebih dahulu dan tos. Sekiranya menggunakan beras basmathi sebaik-baiknya rendam dahulu selama lebih kurang 10 minit.
  2. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan tumis bahan tumisan diatas sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras dan kacau seketika. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan seperti tomato segar, sos, puree, susu, air dan garam.
  4. Masak nasi seperti biasa.
  5. Apabila masak, hidangkan dan hias nasi dengan sedikit bawang goreng dan kismis


Kari Ikan Merah


Ramadan Kesebelas

Kari Ikan Merah


1 ekor ikan merah sederhana besar
2 biji bawang merah sederhana besar
2 biji bawang putih
5 biji cili kering yang direbus terlebih dahulu
1 cm belacan (opsyen)
2 sudu rempah kari ikan
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
½ cawan air asam jawa
6 biji sayur bende

Bahan tumis

5 biji bawang kecil dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 minyak masak

Cara-caranya
  1. Bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan dikisar.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumisan.
  3. Bila bahan tumisan agak garing ,masukkan bahan-bahan dikisar tadi beserta rempah kari.
  4. Tumis seketika dan seterusnya masukkan santan, air, air asam jawa dan garam.
  5. Bila menggelegak masukkan ikan dan bila hampir masak masukkan bende.




Mee Hon Goreng


Ramadan Kesepuluh

Mee Hon Goreng


1 bungkus mee hon
2 biji bawang merah yang sederhana besar
2 biji bawang putih
2 sudu udang kering
6 biji cili padi
1 biji lobak dihiris halus
1 cawan air
Garam secukup rasa
½ cawan minyak masak
2 biji telur
2 biji cili merah
Sedikit bawang goreng

Cara-caranya

  1. Rendam mee hon terlebih dahulu sehingga lembut dan di tos
  2. Bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili padi di kisar
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar beberapa minit.
  4. Masukkan air sehingga menggelegak dan seterusnya masukkan lobak yang telah dihiris halus.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan seterusnya mee hon. Kacau sehingga rata dan mee hoon agak lembut.
  6. Hiaskan mee hoon dengan telur dada yang dihiris halus, cili merah dan bawang goreng.


Gratin Au Creamy


Ramadhan Kesembilan

Gratin Au Creamy

5 biji ubi kentang dihiris setebal ½ cm
1 biji besar bawang benggala
2 biji bawang putih dihiris halus
3 cawan susu segar
1 sudu lada sulah
Garam secukup rasa
1 peket mozzarella cheese

Cara-caranya

Masukkan ubi kentang dan bawang kedalam periuk yang berisi susu segar. Panaskan diatas api yang sederhana. Seterusnya, masukkan lada sulah dan garam. Bila kentang agak lembut dan susu memekat masukkan sebahagian cheese kedalam periuk. Susu akan memekat dan likat. Tutup api dan alihkan bahan-bahan tersebut ke dalam bekas casserole. Taburkan lebihan cheese diatas adunan dan bakar di dalam ketuhar selama 30-45 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Salad Timun


Ramadhan Kesembilan

Salad Timun



2 biji timun dibuang biji dan dipotong dadu
1 biji bawang benggala dipotong dadu
2 biji cili merah dibuang biji dan dihiris halus
1 botol yogurt (100ml)
2 sudu mayonis
1 sudu gula
2 sudu perahan lemon
Garam secukup rasa

Semua bahan-bahan diatas dicampurkan dan enak dimakan sekiranya sejuk.

Nasi Mentega


Ramadan Kesembilan

Hari ini saya ada tetamu untuk Iftar and my menu for today is Ayam Tandoori, Gratin Au Creamy, Salad Timun dan Nasi Mentega

Nasi Mentega


4 cawan beras basmathi (10 orang)
125gm mentega.
1 biji bawang benggala dipotong dadu
1 mangkuk sayur campur (peas, carrot & sweet corn)
1 helai bay leaf
5 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

Pertama bersihkan beras dan tos. Di dalam kuali cairkan mentega dan tumis bawang. Bila bawang sudah lembut masukkan beras buat seketika dan seterusnya alihkan kedalam periuk nasi. Masukkan air, sayur campur, bay leaf dan garam.

Ayam Tandoori


Ramadhan Kesembilan 
Ayam Tandoori


10 ketul peha ayam
3 bawang besar
1 inci halia
1 sudu serbuk kunyit
1 botol yogurt (100ml)
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan
1 sudu kecil gula
½ sudu lada hitam
1 mangkuk kecil daun ketumbar
Sedikit pewarna merah
Garam secukup rasa.

Cara-caranya

Semua bahan diatas haruslah dikisar terlebih dahulu. Campurkan semua bahan tadi dengan ayam dan perap lebih kurang 1½ - 2 jam. Renjiskan ayam dengan sedikit minyak zaiton. Bakar ayam di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius. Setelah masak boleh-lah dihidangkan dengan roti. Kali ini kami menghidangkan dengan Nasi Mentega seperti resepi sebelumnya.



Saya pernah juga mencuba Tandoori Paste oleh Mark & Spencer. Rasanya sangat enak dan cepat disediakan.



Wednesday, August 15, 2012

Lidah Lembu Masak Merah

Ramadan Kelapan

Lidah Lembu Masak Merah


1 batang lidah lembu
1 biji bawang benggala
2 ulas bawang putih
2 batang serai dihiris
3 helai daun limau purut
3 sudu cili merah yang diblend (Cili boh)
3 sudu minyak masak
1 sudu kecil gula 
Garam secukup rasa

Cara-2

Langkah pertama bersihkan lidah, buang kulit lapisan luar. Bakar didalam ketuhar lebih kurang 10 minit. Anda juga boleh meletakkan sedikit garam sebelum dibakar. Keluarkan dan bila sudah sejuk hiris lidah nipis-nipis.

Didalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan serai. Selepas itu masukkan cili, gula dan garam secukup rasa. Seterusnya daun limau purut. Bila adunan sudah sebati dan cili agak garing masukkan lidah. Selepas beberapa minit tutup api dan boleh dihidangkan. Lidah jangan dimasak terlalu lama kerana ia mungkin akan menjadi lebih keras atau liat.

Sup Tulang


Ramadan Kelapan

Sup Tulang





1.5 kilo tulang lembu
1 biji bawang besar         ]
1 inci halia                     ] diblend
2 ulas bawang putih        ]
1 sudu lada hitam           ]
4 sudu rempah sup
4 biji ubi kentang dipotong 4

Bahan Tumis

5 biji bawang kecil dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
*rempah diatas juga dikenali sebagai 4 sekawan

Cara-2

Rebus tulang terlebih dahulu sehingga lembut. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang dblend diatas, rempah sup dan garam. Bila sudah mendidih masukkan kentang.

Di kuali berasingan goreng bahan tumisan sehingga naik bau. Seterusnya masukkan kedalam periuk sup tulang tadi. Cara ini dipanggil tumis darat. Masak beberapa minit lagi sehingga kentang empuk.

Hidang dan hiaskan sup tadi dengan sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


Telur Itik Lemak Cili Padi


Ramadan Kelapan

Telur Itik Lemak Cili Padi

Bahan-2

6 biji telur itik
1 biji bawang merah
6 ulas cili padi hijau/merah
1 cm kunyit hidup
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara-2

Tumbuk bawang, cili dan kunyit. Campurkan semuanya kedalam periuk yang berisi santan dan air. Renihkan diatas api yang pelahan. Masukkan asam keping, serai yang dititik terlebih dahulu, daun kunyit yang dicarit-carit serta garam secukup rasa. Santan haruslah di kacau sentiasa agar tidak naik minyak. Bila sudah mendidih masukkan telur satu persatu. Bila telur sudah masak tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Monday, August 13, 2012

Ikan Cencaru Sumbat


Ramadhan Kelapan

Ramadhan Kelapan is Saturday and it’s time for family get together. Hari ini saya akan masak lebih dari 1 hidangan. There will be Ikan Cencaru Sumbat, Lidah Lembu Masak Merah, Telur Itik Lemak Cili Padi and Sup Tulang.



Ikan Cencaru Sumbat (Stuffed fish)

4 ekor ikan cencaru (dibelah belakang)
10 biji cili kering
2 biji bawang merah (ditumbuk)
2 cm belacan
2 sudu gula
2 sudu air asam jawa
Garam secukup rasa
3 sudu minyak masak

Cara-2

Cili kering dibuang biji, rebus dan diblend kering. Panaskan kuali, tumis bawang dan seterusnya masukkan belacan dan cili kering tadi. Masak sehingga naik minyak dan masukkan air asam jawa, gula dan garam. Masak sehingga kering.

Seterusnya, sumbatkan sambal cili tadi didalam belahan ikan. Susun didalam mangkuk dan rencisnya sedikit minyak. Masak didalam ketuhar selama 30-45 minit.

Anda juga boleh menggoreng ikan tadi dengan menggunakan minyak yang banyak didalam kuali. Saya gemar dibakar sahaja kerana ianya menjimatkan jumlah minyak kerana seringkali minyak tadi sudah kotor dan tidak boleh digunakan lagi.

Penang Asam Laksa (Papa Rich)


Ramadhan Ketujuh

I did not cook today (Ramadhan Ketujuh) because hubby treat us outside. We went to Papa Rich and I had Penang Asam Laksa. This photo is Papa Rich version. For detail recipe of Penang Asam Laksa (my version) wait for my update in Ramadhan 23.


Seafood Paella


Ramadhan Keenam

Seafood Paella



2 cawan beras basmathi (4 orang makan)
1 biji bawang benggala
1 biji capsicum
1 biji tomato
10 ekor udang
2 ekor sotong
½ cawan sos spaghetti (Prego)
2 sudu tomato sos
70gm butter
2 sudu minyak zaiton
3 cawan air
Sedikit garam

Cara-2

Bersihkan beras dan ditos

Didalam kuali cairkan butter dan minyak zaiton. Masukkan bawang benggala, tomato dan capsicum yang telah dipotong dadu. Bila agak masak masukkan beras dan gaul sebati dan seterusnya masukkan ke dalam  rice cooker. Campurkan bahan-2 selebihnya seperti sos spaghetti, sos tomato, air, udang, sotong dan garam. Masak seperti memasak nasi biasa.

Prawn Olio Spaghetti


Ramadhan Kelima

Prawn Olio Spaghetti

½ peket spaghetti (4 orang)
½ kilo udang sederhana besar (buan kulit dan dihiris belakang)
5 ulas bawang putih (dicindang)
1 biji bawang benggala (dipotong dadu)
2 biji tomato (dibuang biji dan dipotong dadu)
1 biji capsicum hijau (dibuang biji dan dipotong dadu)
2 sudu cili flake/cili padi (boleh lebih sekiranya inginkan pedas)
½ cawan olive oil
Garam secukup rasa



Cara2-nya

Rebus spaghetti sehingga kembang. Ditos dan ketepikan

Panaskan kuali dan olive oil. Masukkan bawang putih dan cili flake. Seterusnya bawang, tomato dan capsicum. Bila agak empuk masukkan udang dan garam. Diikuti dengan spaghetii yang direbus tadi.

Untuk menyedapkan lagi spaghetti anda boleh menaburkan parmesan cheese diatas hidangan.

Hainan Chicken Rice

Ramadhan Keempat

Nasi Ayam Hainan


1 ekor ayam yang besar
2 inci halia (dititik)
6 tangkai daun bawang

Ayam jangan dipotong biarkan seekor. Dibersihkan dan masukkan bahan-bahan halia dan daun bawang kedalam perut ayam. Letakkan ayam didalam mangkuk dan dikukus selama 1 sehingga 1.5 jam melihat kepada keadaan besar ayam. Bila sudah masak, keluarkan bahan-bahan dalam perut dan potong ayam ikut selera anda. Air stok tadi boleh digunakan untuk memasak nasi dan dibuat sup

Nasi
2 cawan beras (5 orang makan)
3 cawan stok ayam
Garam secukup rasa
1 batang serai (diketuk)
1 inci halia (diketuk)
½ sudu minyak bijan (optional)

Beras dicuci bersih dan masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam nasi dan masak

Sos Cili

10 biji cili merah hidup
3 ulas mawang putih
½ inci halia
2 sudu gula
Garam secukup rasa

Semua bahan diatas diblend dan dimasak sehingga pekat

Sayuran sampingan, anda boleh pelbagaikan. Mungkin timun, tomato, brokoli dan sebagainya.
Ramadhan Kelima

Friday, August 10, 2012

Tarbush Lamb Briani

Ramadhan Ketiga

Sorry hari ni saya tak masak kerana tiba-tiba teringin nak makan Nasi Briani Tarbush. I really love their Lamb Briani and Shawarma. So this is a picture of Tarbush Lamb Briani. I have my own recipe of Lamb Briani but will post later kalau I masak nanti.



Laksa Terengganu

Ramadhan Kedua

I love Laksa Terengganu but until now masih tak dapat lagi nak cari dekat mana yang sedap dijual. Pendek kata tidak memenuhi selera ini.  This recipe is actually turun termurun dari Arwah Nenek sehingga la ke mak. My late grandfather was a District Officer di Bukit Timah, Terengganu. Even though both grandparent asal dari Melaka but they stayed there agak lama juga. Mak pun dilahirkan di Dungun. Oleh sebab itu juadah ini memang tidak asing lagi bagi kami dan menjadi menu untuk  Ramadan kedua.


Laksa Terengganu

6 ekor ikan kembong (sederhana besar dibakar dan dikisar isinya)
1 biji bawang merah (besar)        }
1 inci halia                                } dikisar
2-3 sudu lada hitam                   }
1 kilo santan pekat
Air secukupnya (Ikut suka kepekatan kuah)
Garam secukup rasa

Semua bahan-bahan diatas dicampur dimasak sehingga mendidih.

1 bungkus mee laksa/Spaghetti direbus

Bahan2 sayuran

Kacang panjang
Tauge
Timun
Daun kesum

Cili sambal

10 biji cili kering direbus dan dikisar kering sehingga halus
2 inci belacan dibakar dan diserbukkan
*Cili sambal adalah penambah perasa sekiranya mahukan kuah yang agak pedas. Ianya boleh diasingkan atau dicampurkan kedua2 cili dan belacan. Ikut citarasa masing2





Ikan Keli Sambal Hijau

Ramadhan Pertama

Ramadhan datang lagi, for my family nothing much different from normal day. I mean dari segi menu masakan. For the past 5 years boleh kira dengan jari untuk membeli makanan di Pasar Ramadhan atau berbuka diluar. Sekiranya mendapat jemputan berbuka dirumah saudara atau pulang ke rumah ibu, saya tetap akan menyediakan at least satu menu. Selewat mana pun pulang dari kerja, I will still prepare food for my family. Alhamdulilah anak2 dan suami tidak begitu cerewat. Whatever I cook, they enjoyed it.

For this year, I will try not to repeat the same menu twice. InsyaAllah dalam post akan datang I will upload the photo and recipe to share with u all.

Today, saya nak share juadah berbuka untuk Ramadan yang pertama. Very simple menu but yet my family all time favorite…..”Ikan Keli Sambal Hijau”



Ikan Keli Sambal Hijau

6 ekor ikan keli (or some people called it Ikan Sembilang)
10 biji cili hijau                                  }
2 ulas bawang putih                           } dikisar
1 lawang bawang merah (besar)           }
1 sudu besar gula
1 keping asam keping
½ cawan minyak
Garam secukup rasa

Cara2-nya

Selepas ikan dibersihkan, goreng ikan dengan meletakkan sedikit kunyit serbuk dan garam. Goreng sehingga garing dan angkat.

Seterunya masukkan ½ cawan minyak dan biar panas. Masukkan semua bahan dikisar, asam keping, garam dan gula. Masak sehingga garing dan naik minyak. Angkat dan taburkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Simple kan? Selain cili hijau, cili merah juga boleh digunakan. Ada kalanya sekira menggunakan cili merah, saya suka meletakkan sedikit belacan untuk membuatkan rasanya lebih enak.