Friday, August 17, 2012

Gratin Au Creamy


Ramadhan Kesembilan

Gratin Au Creamy

5 biji ubi kentang dihiris setebal ½ cm
1 biji besar bawang benggala
2 biji bawang putih dihiris halus
3 cawan susu segar
1 sudu lada sulah
Garam secukup rasa
1 peket mozzarella cheese

Cara-caranya

Masukkan ubi kentang dan bawang kedalam periuk yang berisi susu segar. Panaskan diatas api yang sederhana. Seterusnya, masukkan lada sulah dan garam. Bila kentang agak lembut dan susu memekat masukkan sebahagian cheese kedalam periuk. Susu akan memekat dan likat. Tutup api dan alihkan bahan-bahan tersebut ke dalam bekas casserole. Taburkan lebihan cheese diatas adunan dan bakar di dalam ketuhar selama 30-45 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Salad Timun


Ramadhan Kesembilan

Salad Timun



2 biji timun dibuang biji dan dipotong dadu
1 biji bawang benggala dipotong dadu
2 biji cili merah dibuang biji dan dihiris halus
1 botol yogurt (100ml)
2 sudu mayonis
1 sudu gula
2 sudu perahan lemon
Garam secukup rasa

Semua bahan-bahan diatas dicampurkan dan enak dimakan sekiranya sejuk.

Nasi Mentega


Ramadan Kesembilan

Hari ini saya ada tetamu untuk Iftar and my menu for today is Ayam Tandoori, Gratin Au Creamy, Salad Timun dan Nasi Mentega

Nasi Mentega


4 cawan beras basmathi (10 orang)
125gm mentega.
1 biji bawang benggala dipotong dadu
1 mangkuk sayur campur (peas, carrot & sweet corn)
1 helai bay leaf
5 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

Pertama bersihkan beras dan tos. Di dalam kuali cairkan mentega dan tumis bawang. Bila bawang sudah lembut masukkan beras buat seketika dan seterusnya alihkan kedalam periuk nasi. Masukkan air, sayur campur, bay leaf dan garam.

Ayam Tandoori


Ramadhan Kesembilan 
Ayam Tandoori


10 ketul peha ayam
3 bawang besar
1 inci halia
1 sudu serbuk kunyit
1 botol yogurt (100ml)
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan
1 sudu kecil gula
½ sudu lada hitam
1 mangkuk kecil daun ketumbar
Sedikit pewarna merah
Garam secukup rasa.

Cara-caranya

Semua bahan diatas haruslah dikisar terlebih dahulu. Campurkan semua bahan tadi dengan ayam dan perap lebih kurang 1½ - 2 jam. Renjiskan ayam dengan sedikit minyak zaiton. Bakar ayam di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius. Setelah masak boleh-lah dihidangkan dengan roti. Kali ini kami menghidangkan dengan Nasi Mentega seperti resepi sebelumnya.



Saya pernah juga mencuba Tandoori Paste oleh Mark & Spencer. Rasanya sangat enak dan cepat disediakan.



Wednesday, August 15, 2012

Lidah Lembu Masak Merah

Ramadan Kelapan

Lidah Lembu Masak Merah


1 batang lidah lembu
1 biji bawang benggala
2 ulas bawang putih
2 batang serai dihiris
3 helai daun limau purut
3 sudu cili merah yang diblend (Cili boh)
3 sudu minyak masak
1 sudu kecil gula 
Garam secukup rasa

Cara-2

Langkah pertama bersihkan lidah, buang kulit lapisan luar. Bakar didalam ketuhar lebih kurang 10 minit. Anda juga boleh meletakkan sedikit garam sebelum dibakar. Keluarkan dan bila sudah sejuk hiris lidah nipis-nipis.

Didalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan serai. Selepas itu masukkan cili, gula dan garam secukup rasa. Seterusnya daun limau purut. Bila adunan sudah sebati dan cili agak garing masukkan lidah. Selepas beberapa minit tutup api dan boleh dihidangkan. Lidah jangan dimasak terlalu lama kerana ia mungkin akan menjadi lebih keras atau liat.

Sup Tulang


Ramadan Kelapan

Sup Tulang





1.5 kilo tulang lembu
1 biji bawang besar         ]
1 inci halia                     ] diblend
2 ulas bawang putih        ]
1 sudu lada hitam           ]
4 sudu rempah sup
4 biji ubi kentang dipotong 4

Bahan Tumis

5 biji bawang kecil dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
*rempah diatas juga dikenali sebagai 4 sekawan

Cara-2

Rebus tulang terlebih dahulu sehingga lembut. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang dblend diatas, rempah sup dan garam. Bila sudah mendidih masukkan kentang.

Di kuali berasingan goreng bahan tumisan sehingga naik bau. Seterusnya masukkan kedalam periuk sup tulang tadi. Cara ini dipanggil tumis darat. Masak beberapa minit lagi sehingga kentang empuk.

Hidang dan hiaskan sup tadi dengan sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


Telur Itik Lemak Cili Padi


Ramadan Kelapan

Telur Itik Lemak Cili Padi

Bahan-2

6 biji telur itik
1 biji bawang merah
6 ulas cili padi hijau/merah
1 cm kunyit hidup
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara-2

Tumbuk bawang, cili dan kunyit. Campurkan semuanya kedalam periuk yang berisi santan dan air. Renihkan diatas api yang pelahan. Masukkan asam keping, serai yang dititik terlebih dahulu, daun kunyit yang dicarit-carit serta garam secukup rasa. Santan haruslah di kacau sentiasa agar tidak naik minyak. Bila sudah mendidih masukkan telur satu persatu. Bila telur sudah masak tutup api dan sedia untuk dihidangkan